Suster Ngesot: The Movie (2007)  

Tuesday, June 3, 2008

PLOT ::

Vira (Nia Ramadhani), seorang jururawat bersahabat dengan Silla (Donita), yang juga jururawat seksi. Dari Bandung mereka menuju ke Jakarta untuk melakukan tugas mereka. Silla berkenalan dengan Mike (Mike Lewis), mahasiswa Australia yang berada di Indonesia. Hubungan mereka pun berlanjutan.Vira dan Silla tinggal di sebuah bilik di asrama yang telah ditutup selama dua puluh tahun. Kononnya bilik tersebut dipenuhi dengan misteri. Vira menemui Mak Saroh, tukang cuci yang mengetahui banyak tentang apa yang ada di bilik itu. Seorang jururawat cantik bernama Lastri Sulistia meninggal dunia di sana dua puluh tahun yang lalu. Dia dibunuh oleh kekasihnya, Dr. Herman yang membuat hubungan sulit dengan Mila, sahabat Lastri. Kerana panik, Lastri pun dibunuh dan dikuburkan di tembok bilik tersebut. Setelah bilik ini dibuka kembali, hantu Lastri menjelma sebagai ’suster ngesot’, keluar untuk membalas dendam terhadap Dr. Herman dan orang-orang di asrama yang melakukan perkara sumbang.Vira yang selalu mendapat firasat sebelum terjadinya pembunuhan, cuba memberitahu Silla dan Mike, namun mereka tidak peduli. Bahkan, Mike dan Silla diam-diam menjalin cinta. Hingga suatu ketika Vira mendapat tanda bahawa korban berikutnya adalah Mike. Ketika ’suster ngesot’ mula menyerang Silla, Silla mengakui kesalahannya kepada Vira, namun ’suster ngesot’ tetap mengejarnya. Vira segera mengadukan hal ini kepada Mak Sharoh namun hakikatnya Mak Sharoh telahpun meninggal dunia sepuluh tahun yang lalu.Apakah Vira, Silla dan Mike terlepas dari genggaman ’suster ngesot’?

Format RealPlayer .RMVB : 280MB

Password : wayangmalaysia

LINK :

PART 1

PART 2

PART 3

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Design by Amanda @ Blogger Buster