Otai (2007)  

Wednesday, September 17, 2008



Part
1
2
3
4
5
6

Password : wayangmalaysia

INFO ::

Otai merupakan sebuah genre komedi yang menyingkap tentang rahsia kehidupan Aiman yang mempunyai dua orang isteri yang tinggal serumah. Aiman berkongsi rahsia kehidupannya dengan penonton di dalam sebuah program realiti “Otai” apabila dianugerahkan sebagai suami mithali bagi tahun itu.

Kisah dimulakan apabila Aiman (Saiful Apek) yang sudah mempunyai seorang isteri Azura (Nasha Aziz) yang telah berkahwin selama tiga tahun dan tidak dikurniakan anak. Aiman dan Azura telah mendapat tekanan dari ayah Aiman, Tan Sri Mansur (Saleh Yaakob) iaitu, jika Aiman dan isterinya tidak mendapat zuriat dalam tempoh setahun, seluruh harta bendanya akan diwariskan kepada rumah anak yatim.

Keluarga Azura telah mendesak supaya dijalankan pemeriksaan supaya ditentukan siapa sebenarnya yang bermasalah. Namun, hasil dari pemeriksaan tersebut, di dapati bahawa Azura yang telah mengalami masalah peranakan yang tidak memungkinkan dia mengandung. Atas desakan, Azura terpaksa merelakan Aiman berkahwin lagi seorang tetapi mestilah memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Azura dan ibunya (Azean Irdawaty). Aiman yang pura - pura menentang keputusan isterinya, akhirnya, berpakat dengan Sammy (Yasin Senario) dalam mencari calon yang paling sesuai. Namun, setiap calon ditolak kerana tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Azura, iaitu mestilah seorang yang tidak cantik dan hendaklah Azura yang bersetuju dengan calon tersebut.

Setelah menemui jalan buntu, Aiman, Akhirnya mengarahkan Sammy, supaya mencari Mawar (Faeza) iaitu kekasih Aiman sebelum dia mengahwini Azura, supaya menjadi calon kepadanya. Atas bantuan Sammy, Mawar telah diubah supaya menjadi kurang cantik yang akhirnya telah dipersetujui oleh Azura.

Ketika Upacara akad nikah antara Aiman dan Mawar, Azura telah pengsan kerana mengetahui bahawa Mawar seorang yang jelita. Namun, yang lebih mengejutkan, setelah dijalankan pemeriksaan ke atas Azura, di dapati bahawa Azura sebenarnya telah mengandung. Kini, timbul konflik di antara Azura dan Mawar kerana Azura merasakan Mawar tidak diperlukan lagi setelah dirinya berbadan dua. Namun, satu peristiwa telah berlaku menyebabkan kedua - duanya menjadi sahabat karib. perkara yang tidak disangka oleh Aiman.

Dalam pada itu, kedatangan ibu Azura ke rumah telah membawa khabar angin yang mampu mengugat hubungan di perkahwinan Aiman dengan isteri - isterinya. perkara ini telah menimbulkan salah faham dan tekanan dalam keluarga Aiman. Ini kerana, dalam diam - diam, Aiman telah meminta kerjasama Sammy untuk memilih seorang lagi calon isteri yang sesuai. Namun, akhirnya muslihat ini diketahui oleh Azura dan Mawar.

Oleh demikian, mereka bergegas menuju ke tempat akad nikah dijalankan. Sekali lagi, konflik telah meletus dan mereka telah merayu Aiman supaya memaafkan segala perbuatan mereka sebelum ini. Namun, Aiman telah meminta tok kadi menyegerakan upacara akad nikah tersebut. Namun, setelah uopacara itu berjalan, Mawar pula pengsan. Apakah yang telah terjadi kepada Mawar? Siapa sebenarnya yang bernikah dan bagaimana kesudahan kehidupan Aiman dan isteri-isterinya.

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Design by Amanda @ Blogger Buster